-->

Saya tak kisah rupa paras tetapi lelaki itu kena fit bujang pandai berbahasa Inggeris Inspektor Sheila

Inspektor Sheila mengakui dia nekad mencari jodoh melalui hantaran di Facebooknya beberapa hari lalu. Susulan menerima banyak pertanyaan daripada orang di sekeliling berhubung statusnya yang masih bujang.

Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, berkata, dia langsung tidak menyangka ‘iklan mencari jodoh’ itu akan tular. ‘Akibatnya’ dia menerima pelbagai respon daripada golongan lelaki yang berminat untuk berkenalan dengannya.

Ditanya mengenai kriteria lelaki yang digemarinya, Sheila berkata dia tidak mementingkan paras rupa, apatah lagi henda terpikat dengan lelaki berwajah kacak. Namun, Sheila mengakui dia suka pada lelaki muda.

“Saya tidak kisah rupa paras, tak terpikat tengok muka handsome. Tapi lagi suka lelaki muda. Satu bonus buat mereka jika boleh buat saya yang begini (tegas) menjadi manja,” katanya memetik laporan daripada Berita Harian.

Selain itu, Sheila mahukan lelaki itu adalah lelaki bujang, tidak mengongkong, gemar bersukan dan paling penting menghormati wanita.

“Lelaki itu kena fit, tak nak orang gemuk kerana apabila sudah berkahwin nanti, saya akan tengok muka dia 24 jam.

“Dia juga kena pandai bertutur dalam bahasa Inggeris kerana saya ada Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris, suka melancong, utamakan keluarga dan agama selain ada standard serta berfikiran kelas dunia,” kata anak sulung daripada lapan beradik itu.

Dalam pada itu, Sheila tidak menyangka kehidupannya berubah selepas terbabit dalam kes yang tular beberapa minggu lalu. Pada awalnya dia enggan keluar rumah selama dua hari selepas kisahnya mula tular.

Tetapi keadaan mulai berubah apabila ada yang mengajaknya bergambar dan dia melayani ajakkan orang awam itu dengan baik. Malah ada beberapa syarikat mengajaknya bersiaran secara langsung di media sosal.

Sumber: Berita Harian

The post ‘Saya tak kisah rupa paras, tetapi lelaki itu kena fit, bujang, pandai berbahasa Inggeris’ – Inspektor Sheila appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar