-->

Dia menggigil kesejukan & badannya dihurung semut Bayi baru lahir ditemui di lantai kedai menjual ayam di Chukai

Seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui ditinggalkan di lantai kedai menjual ayam di Jabur Kubur, Chukai, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui oleh pemilik kedai pada jam 7.50 pagi.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut dan polis kini sedang mengesan suspek yang membuang bayi berkenaan untuk siasatan di bawah Seksyen 17 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Sementara itu, pekerja kedai tersebut, Mohd Yusmiza Azlan berkata, dia terkejut menemui bayi itu dalam keadaan menggigil kerana sejuk, selain dihurung semut.

Sebelum itu, Mohd Yusmiza baru tiba di tempat kejadian dan sibuk memunggah bekalan ayam dari lori dan ternampak sekujur tubuh kecil di lantai.

“Saya terus meminta bantuan majikan dan rakan untuk menghubungi polis dan ambulans.

“Saya percaya bayi itu dilahirkan lebih dua hari berdasarkan tali pusatnya yang sudah mengecut dan bertukar kehitaman. Bayi itu mungkin diletakkan di atas kusyen dan ditutup dengan sehelai kain. Namun bayi itu dipercayai tergolek dan berada di atas lantai.

“Semasa ditemui, bayi itu langsung tidak menangis dan saya terus menyelimutkannya agar dia tidak terus kesejukan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Dia menggigil kesejukan & badannya dihurung semut’ – Bayi baru lahir ditemui di lantai kedai menjual ayam di Chukai appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar