-->

Tubuhnya dari paras pinggang ke kepala hancur Lelaki terjatuh dari tingkat 41 bangunan hotel di Melaka

Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan ngeri, dipercayai terjatuh daripada tingkat 41 bangunan hotel di bandar Melaka, dalam kejadian tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya terdahulu menerima maklumat daripada seorang lelaki pada jam 12.20 malam yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

Bertindak di atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Melaka Tengah dikerahkan lokasi kejadian dan mendapati mayat seorang lelaki dalam keadaan hancur di hadapan kawasan parkir lobi hotel.

Siasatan awal mendapati, bangunan hotel itu mempunyai 42 tingkat dan polis percaya mangsa terjatuh daripada tingkat 41.

“Tubuhnya dari paras pinggang ke kepala telah hancur, dipercayai impak terjatuh daripada tempat tinggi. Malah terdapat cebisan mayat di lokasi.

Menurut pekerja hotel (pengangkat barang), dia terdengar bunyi seakan-akan bunyi letupan tayar dan ternampak mangsa terjatuh dalam keadaan terlangkup.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kes mengejut.

Sumber: Kosmo! Online

The post ‘Tubuhnya dari paras pinggang ke kepala, hancur’ – Lelaki terjatuh dari tingkat 41 bangunan hotel di Melaka appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar