-->

Polis sumbat anaknya yang berusia 3 tahun dalam penjara kerana terberak dalam seluar

Seorang pegawai polis di Florida dikecam kerana sanggup meletakkan anaknya yang berusia tiga tahun di dalam penjara, malah menggari tangannya sebagai hukuman kerana terberak di dalam seluar.

Dalam perbualan yang dirakam pada kamera badan Leftenan Michael Schoenbrod dari Jabatan Polis Pantai Daytona, dia menjelaskan kepada pegawai dari Jabatan Kanak-Kanak dan Keluarga yang anaknya mengalami kesukaran untuk menjalani ‘toilet train’.

Untuk memberi pengajaran kepada kanak-kanak itu, Michael ‘menyumbat’ anaknya ke dalam penjara beberapa hari berturut-turut dalam kejadian Oktober tahun lalu. Malah tangannya turut digari.

Schoenbrod berkata, selepas melalui ‘hukuman’ itu, anaknya sudah berjanji tidak akan membuang air besar dalam seluarnya lagi.

“Dia menangis. Saya mendapat respon yang saya harapkan daripadanya,” kata Schoenbrod.

Schoenbrod juga mengaku dia menggunakan kaedah yang sama untuk mendisiplinkan anak sulungnya yang ketika kejadian aru berusia empat tahun, hanya kerana anaknya memukul seorang gadis serta berkelakuan buruk.

“Saa membawanya ke penjara dan dia duduk di sana. Dan saya memerhatikan dia. Dia menangis bagai dan sehingga ke hari ini kalausaya sebut mengenai hal ini, dia akan ‘Saya takkan buat lagi’. Cara ini berkesan,” katanya.

“Jadi sebab itulah saya buat begini. Dia tak pukul orang tetapi saya terfikir dengan kaedah disiplin seperti ini, dia sudah serik,” kata pegawai polis berkenaan.

Selepas pendedahan kontroversi itu, Jabatan Polis telah melancarkan siasatan. Tetapi sehingga ke hari ini, tidak jelas sama ada Schoenbrod atau ibu kanak-kanak lelaki itu yang juga bekerja sebagai detektif dalam jabatan yang sama, akan menghadapi sebarang tindakan undang-undang.

Sumber: Oddity Central

The post Polis sumbat anaknya yang berusia 3 tahun dalam penjara kerana terberak dalam seluar appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar