-->

‘Ada masa rasa letih, tapi saya tetap teruskan sebab masih ada yang nak tengok saya berlakon’ – Bell Ngasri enggan hampakan peminat

Pertama kali dikatakan dalam sejarah, pelakon, pelawak dan pengacara Bell Ngasri mendapat perhatian ramai dalam undian ABPBH 35. Rata-rata mahukan Bell memenangi anugerah dalam acara tersebut.

Melihat sambutan yang sangat menggalakkan dari para peminatnya, Bell meluahkan rasa syukur dan berterima kasih dengan sokongan itu. Melalui hantaran di Facebook Bell mengulas satu kenyataan yang dibuat oleh seorang wanita mengenai kariernya selama ini.

Ada masa rasa letih…

“Semasa belakon dalam cerita Ampang Medical, saya memegang watak sebagai doktor. Orang tak tahu sampai saya sendiri masuk wad kena usung sebab penat ke demam masa tu.

“Jika dikira betul-betul, 37 tahun sebenarnya usia saya dalam bidang ni. Ada masa rasa letih. Saya fikir nak jadi macam adik-adik saya yang lain sebagai contoh. Orang tak respect pun sangat kita sebenarnya kalau kita buat benda tu je, tapi saya buat. Saya teruskan bukan sebab nak mintak respect.

“Sebab dalam otak saya selalu cakap ada lagi yang nak tengok saya. Dan ada lagi kerja-kerja atau watak yang saya tak buat lagi, atau lagi perit kawan-kawan artis semua tak nak buat. Habis? Siapa yang nak watak atau kerja tu?

“Tapi dengan sokongan pada saya ni, terbuktilah pada orang-orang yang sebelum ni cakap begitu pada saya salah la. Juga pada mereka yang tak hargai hasil kerja orang lama atau mungkin muak pada insan yang lama dalam bidang ni,” katanya.

Melalui hantaran itu Bell sekali lagi menzahirkan ucapan terima kasih buat peminatnya dan mengharapkan perhubungannya dengan semua invidu tang terlibat dalam industri sentiasa berkekalan.

Bell Ngasri antara 10 artis meraih undian tertinggi

Sementara itu, Berita Harian melaporkan Bell Ngasri muncul antara 10 artis meraih undian terkumpul tertinggi setakat ini, pada saingan Top 5, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.

Selain Bell, sembilan artis lain yang mendahului undian Top 5 adalah Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.

Pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir berkata, senarai 10 artis yang mendahului undian Top 5 setakat ini menambah debaran malam kemuncak ABPBH 35 bertemakan Ekspresi Legasi Seni yang akan disiarkan secara langsung dari Istana Budaya (IB) di sini, pada 21 Julai ini.

Shamshul Azree berkata, peminat masih berpeluang memastikan kejayaan artis pilihan sehingga undian Top 5 berakhir pada jam 11.59 malam, Sabtu ini.

Sumber: Bell Ngasri, Berita Harian

The post ‘Ada masa rasa letih, tapi saya tetap teruskan sebab masih ada yang nak tengok saya berlakon’ – Bell Ngasri enggan hampakan peminat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar