-->

PM akui upah & elaun untuk Penjawat Awam adalah rendah, perlu dikaji semula

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kadar upah dan elaun penjawat awam pada ketika ini adalah terlalu rendah dan perlu dikaji semula.

“Saya mengakui dan selepas 10 tahun, belum ada pun jawatankuasa yang harus dipengerusikan Perdana Menteri untuk mengkaji semula sistem skim saraan penjawat awam.

“Jadi, Insya-Allah dalam satu atau dua minggu ini, saya akan mempengerusikan mesyuarat pertama bersama Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk meneliti keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjara awam,” katanya memetik laporan Harian Metro, Khamis, 13 Julai 2023.

Ketika berucap di Program Cakna Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Anwar turut mencadangkan peningkatan terhadap skim tersebut dibuat secara berperingkat mengikut keupayaan kewangan negara.

“Saya cadangkan peningkatan itu berperingkat kerana kekangan ekonomi sekarang. Mungkin kita naikkan berperingkat, melihat kepada keupayaan ekonomi.

“Jadi, saya nak saudara yakin. Di bawah kepimpinan Anwar di sini, saya beri jaminan apa sahaja yang munasabah dan adil kepada penjawat awam (akan dilaksanakan),” katanya.

Sementara itu, Anwar juga mencadangkan pemberian insentif kepada agensi yang berjaya mencatatkan kutipan hasil melebihi sasaran.

Sumber: Harian Metro

The post PM akui upah & elaun untuk Penjawat Awam adalah rendah, perlu dikaji semula appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar