-->

Mohd Safiuddin Ilias didakwa goyangkan ‘dada’ terhadap 2 remaja lelaki melalui Instagram bagi maksud seksual, didakwa di mahkamah

Mohd Safiuddin Ilias, 29, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas empat pertuduhan termasuk melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap dua remaja lelaki melalui aplikasi Instagram.

Usahawan berkenaan didakwa menggoyang-goyangkan payudaranya di hadapan dua remaja terbabit yang ketika itu berusia 14 tahun bagi maksud seksual. Perbuatan itu dilakukannya di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, pada jam 9 pagi, 9 Jun 2021.

Pertuduhan ‘Cacat’

Penyanyi lagu Syinta Gila itu didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun. Dan Seksyen 15(a)(i) pula membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun pasukan pembelaan yang mewakili Mohd Safiuddin mengemukakan bantahan terhadap dua daripada empat pertuduhan yang dikenakan itu adalah ‘cacat’.

Peguam Harjeet Singh Sidhu berkata, kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu ‘cacat’ kerana tidak menjelaskan butiran komunikasi seksual yang didakwa berlaku di antara tertuduh dengan dua remaja berkenaan.

Selain itu, pihak pendakwaan dikatakan belum menyerahkan rakaman video tersebut daripada Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) yang diambil daripada dua remaja berkenaan.

Justeru, Harjeet memohon pihak pembelaan diberikan masa untuk mengemukakan penghujahan bertulis tentang perkara yang dibangkitkan.

Hakim Norhazani Hamzah mempersoalkan mengapa bantahan awal itu tidak dikemukakan pada pengurusan kes sebelum ini.

Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhassan juga memohon masa untuk mendapatkan arawahan daripada Pengarah Pendakwaan Selangor dan menjawab bantahan awal itu. Ini kerana pihaknya tidak mendapati notis mengenai bantahan tersebut.

Tarikh 7 Ogos ini ditetapkan untuk kedua-dua pihak memfailkan penghujahan bertulis dan pendengaran bantahan awal pada 16 Ogos dan keputusan akan ditetapkan pada 24 Ogos.

Tarikh baru untuk perbicaraan juga ditetapkan pada 4, 5 dan 11 September serta 2 Oktober 2023.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

The post Mohd Safiuddin Ilias didakwa goyangkan ‘dada’ terhadap 2 remaja lelaki melalui Instagram bagi maksud seksual, didakwa di mahkamah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar