-->

Bell Ngasri mohon maaf tidak dapat tunaikan manifesto belanja makan tengah hari di bulan Ramadan

Pelakon Bell Ngasri sebelum ini pernah berjanji (manifesto) untuk belanja makan tengah hari kepada para pengundinya sekiranya dia berjaya memenangi kategori Artis Komedi Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 35.

Jumaat lalu, Bell bukan sahaja berjaya merangkul anugerah tersebut. Malah dia turut dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 35.

Di media sosial, ramai yang berpuas hati dengan keputusan itu. Ada pengundi di kalangan bukan Islam juga secara berseloroh menuntut Bell menunaikan janji belanja makan tengah hari.

Bagaimanapun Bell memohon maaf tidak dapat menunaikan janji itu. Malah dia tidak menyangka gurauannya untuk belanja makan tengah hari itu dipandang serius oleh sesetengah pihak.

Menurut Bell, manifesto tersebut adalah cadangan daripada rakannya. Pada pandangannya, tiada sesiapa yang akan makan tengah hari di masa bulan Ramadan.

“Saya idak menyangka dan terlepas pandang ada dalam kalangan pengundi saya bukan beragama Islam. Jadi, saya termenung sekarang ini kerana tidak tahu bagaimana hendak memberikan maklum balas.

“Saya memang tidak sangka sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, pempengaruh media sosial popular, Dr Malar Santhi, antara pengundi yang menuntut pelakon itu menunaikan janjinya untuk belanja makan tengah hari di bulan Ramadan.

Dr Malar semalam juga memuat naik video pertemuan bersama Bell untuk menuntut janjinya. Namun, Dr Malar berkata dia sekadar bergurau sahaja dan sememangnya meminta Bell sejak dari awal kariernya lagi.

Sumber: Harian Metro, Instagram Dr. Malar

The post Bell Ngasri mohon maaf tidak dapat tunaikan manifesto belanja makan tengah hari di bulan Ramadan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar