-->

Kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun melintas jalan secara tiba-tiba, maut dilanggar SUV

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan maut akibat dirempuh sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail dalam kejadian di Jalan SS 9A/8, Sungai Way, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 7.27 malam.

Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada jam 5.30 petang. Pemandu SUV berkenaan memaklumkan mangsa secara tiba-tiba melintas semasa dia sedang memandu di lokasi.

Terkejut dengan tindakan mangsa, pemandu SUV tidak sempat membrek lalu terlanggar mangsa.

Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti MAlaysia (PPUM) untuk mendapatkan rawatan. Namun, mangsa disahkan telah meninggal dunia.

Ekoran kejadian itu, pemandu SUV terbabit telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bagaimanapun, lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.

Mohamad Fakhrudin juga meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mnaa balai polis berhampiran.

Sumber: Harian Metro

The post Kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun melintas jalan secara tiba-tiba, maut dilanggar SUV appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar