-->

‘Maaf semua, tak jadi nak bertanding’ – Baby Shima batal niat selepas KJ saran bertanding di Kelantan

Penyanyi, Baby Shima, kelmarin menyatakan hasratnya untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai calon bebas, yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

Namun, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, tidak menyatakan kawasan yang bakal menjadi pilihannya untuk bertanding.

Walaupun begitu, dia menegaskan bahawa dia serius dan tujuannya bertanding di PRN kali ini adalah untuk membela nasib rakyat.

“Saya memang serius mahu bertanding. Kawasan mana, saya akan umumkan nanti. Dengan sokongan yang diberikan, golongan artis sebenarnya boleh mewakili rakyat terutamanya dalam menyuarakan hasrat anak-anak muda.

“Saya mahukan yang terbaik untuk rakyat. Kalah atau menang, itu soal nombor dua. Tidak salah untuk mencuba perkara baik. Doakan saya,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Pengumuman Shima itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong, tidak kurang juga yang meminta Shima tidak terbabit dalam politik.

Bagaimanapun semalam, Shima mengatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas dibatalkan.

Pengumuman itu dikongsi melalui video terbarunya di Instagram. “Maaf semua, tak jadi nak tanding,” tulisnya ringkas.

Dalam video tersebut, Shima dilihat bertemu dengan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ). Ketika berbual dengan KJ, Shima menyatakan hasratnya untuk bertanding di PRN kali ini. Kata-kata itu membuatkan KJ terkejut dan bertanya apakah dia serius mengenainya.

Shima kemudian bertanya di kawasan mana yang sesuai untuk dirinya bertanding. KJ menyarankan Shima bertanding di Kelantan.

Mendengar saranan itu, Shima terus berkata, “Alamak! Kalau macam tu, maaf YB KJ. Shima tak jadilah nak bertanding,”.

Sumber: Harian Metro, Instagram Baby Shima

The post ‘Maaf semua, tak jadi nak bertanding’ – Baby Shima batal niat selepas KJ saran bertanding di Kelantan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar