-->

‘Persiapan kahwin semua dah settle, tiba-tiba dia hilang’ – Gadis disyaki telah dilarikan & dibawa ke Thailand

Seorang pengguna Facebook meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dipercayai telah dilarikan oleh lelaki yang tidak dikenali.

Menurut pengadu, iaitu Puan Yayaa berkata, Norhazwani Suhaimi, dipercayai telah dilarikan oleh seorang lelaki dan dibawa ke Thailand untuk berkahwin tanpa pengetahuan keluarganya.

“Minta tolong sebarkan. Kepada sesiapa yang mengenali atau mengetahui lokasi kedua-dua orang ini, Mohd Khairulnizam Mohamad Shafiai dan Norhazwani Suhaimi.

“Lelaki ini didapati telah melarikan anak orang ke Thailand dan berkahwin. Perkahwinan diragui kerana bapanya iaitu wali yang masih hidup dan tidak mengenali lelaki tersebut,” tulisnya pada hantaran yang dimuat naik pada petang semalam.

Tambahnya, ahli keluarga memang tidak mengenali lelaki itu.

“Masalahnya family tak pernah kenal pun lelaki itu. Persiapan kahwin semua si perempuan ini sudah selesaikan. Tiba-tiba hilang dan tahu-tahu sudah bernikah di Siam dengan lelaki itu,” ujarnya.

Kali terakhir Norhazwani dilihat berada di Taman Seri Setia Kampung Gajah (rumah bapa lelaki terbabit), pada 21 Julai 2023.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan dua individu ini diminta menghubungi bapa kepada Norhazwani di talian 014-2413347 atau kakaknya, 0125406248.

Sumber: Facebook

The post ‘Persiapan kahwin semua dah settle, tiba-tiba dia hilang’ – Gadis disyaki telah dilarikan & dibawa ke Thailand appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar