-->

Adik kerap hilang jam 1.30 pagi, rupanya dirogol kenalan lelaki yang sanggup ulang alik 300 km untuk melampias nafsunya

Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis kerana didapati merogol remaja perempuan berusia 14 tahun di Bukit Kepong.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan polis yang dibuat oleh abang mangsa di Balai Polis Bukit Kepong yang mendakwa adiknya melakukan hubungan seks dengan suspek.

Menurut pengadu, dia seringkali mendapati adiknya kerap ‘hilang’ pada jam 1.30 pagi sebelum mengetahui adiknya melakukan hubungan seks dengan lelaki berkenaan.

Bertindak di atas laporan itu, pihaknya telah menahan pekerja restoran makanan segera terbabit untuk tindakan lanjut.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku sejak Mac lalu di mana suspek membuat temujanji dengan mangsa dan merancang untuk bertemu serta melakukan perbuatan terkutuk itu di kebun sawit, di belakang rumah mangsa.

Suspek sanggup berulang alik dengan menunggang motosikal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Bukit Kepong semata-mata mahu melakukan perbuatan itu terhadap mangsa. Kali terakhir suspek berbuat demikian adalah pada bulan lalu.

Suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sumber: Berita Harian

The post Adik kerap hilang jam 1.30 pagi, rupanya dirogol kenalan lelaki yang sanggup ulang alik 300 km untuk melampias nafsunya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar