-->

Lelaki tunjal kepala wanita mohon maaf tampil cerita kejadian sebenar & akan buat laporan polis

Seorang lelaki yang dikecam gara-gara menunjal kepala seorang pemandu wanita di Jalan Tapah-Cameron Highland baru-baru ini, tampil memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar kejadian.

Beliau yang ditemani isterinya berkata, semasa kejadian dia dan keluarga dalam perjalanan pulang ke Shah Alam.

“Saya mintak maaf kepada semua rakyat Malaysia atas tindakan saya yang lalu.

“Semasa dalam perjalanan turun, trafik agak sesak dengan banyak kenderaan. Dalam masa yang sama saya lihat kereta jenis pacuan empat roda dan perodua Myvi sedang memotong. Ketika itu kereta Myvi tersebut berada di belakang saya.

“Sampai di selekoh tajam, ada sebuah kereta yang bertentangan nak masuk dan tiba-tiba nampak dia menghala ke arah saya menekan brek kecemasan dan membunyikan hon. Bila lihat di belakang, kereta Myvi itu cuba untuk memotong, tetapi tak lepas.

“Bila kereta itu membuat brek kecemasan, saya jadi kelam kabut memikirkan anak dan isteri di belakang. Saya tekan brek kecemasan, tayar saya dah tersasar dari jalan,” katanya.

Tambahnya lagi, mujur ketika itu dia tidak membuat langkah yang salah. Jika tidak, keretanya dan kenderaan yang lain sudah pasti akan masuk ke gaung.

“Masa saya brek kecemasan itu pun, perut isteri saya sudah jatuh dan perut dia sudah terkena tempat duduk depan. Saya tengok keadaan anak dan isteri saya. Isteri saya dah mengadu sakit.

“Masa tu saya marah, saya buka tingkap, saya tunjuk tangan (isyarat lucah). Jadi saya tak dapat nak kawal (kemarahan) pada masa itu,” katanya.

Ketika disoal mengenai situasi sebenar kejadian semasa berdepan dengan pemandu wanita itu, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi berkata, dia sudah cuba bercakap dengan wanita terbabit. Tetapi wanita tersebut dikatakan memberikan pelbagai alasan.

“Saya dah terima hukuman saya. Kemungkinan saya akan buat laporan terhadap pemandu wanita itu pula,” ujarnya.

Sumber: TikTok

The post Lelaki tunjal kepala wanita mohon maaf, tampil cerita kejadian sebenar & akan buat laporan polis appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar