-->

Apa tahap agama kau ni sampai bawak gelaran ustaz? Adlin Aman Ramlee persoal gelaran Ustaz Tido

Kemunculan beliau menerusi pelbagai platform disenangi ramai kerana sikapnya yang dikatakan menyerupai Ustaz Ebit Lew.

Ustaz Tido atau nama sebenarnya Khalil Razak, terkenal sebagai seorang penceramah motivasi dalam kalangan pelajar dan guru. Selain itu, dia juga dikatakan merupakan seorang pengusaha beberapa produk dan ahli perniagaan.

Di media sosial pula, beliau dilihat seringkali muncul dalam beberapa sesi siaran langsung bersama followers dan juga selebriti yang membincangkan isu-isu semasa, termasuklah isu yang melibatkan agama.

Baru-baru ini Ustaz Tido mengadakan sesi siaran langsung di TikTok bersama selebriti Adlin Aman Ramlee. Semasa sesi tersebut, Adlin bertanyakan tentang status kelayakan ustaz, Ustaz Tido.

“Gelaran ustaz ni mana kau dapat?” soal Adlin.

Ustaz Tido bagaimanapun hanya menjawab dia bersekolah di sekolah agama yang terletak di negeri Johor.

“Apa tahap agama kau ni yang kau bawak dengan panggilan ustaz?” Soal Adlin lagi.

“Thanawi,” jawabnya dengan ringkas.

Persoalan Adlin seolah dijawab dengan nada tidak berpuas hati.

“Jangan bongkak sangat, jawab dengan cara yang bersesuaian dengan gelaran,” kata Adlin lagi.

@malaysiakantoi

Ustaz Tido menerima kecaman netizen. Pelakon Adlin Aman Ramli turut sekolahkan Ustaz Tido atas gelaran ‘ustaz’ yang dibawanya menjadi sangsi terhadap netizen hanya ingin membawa kepada keuntungan peribadi. #berita #news #trending #malaysiakantoi #kantoi #viral #masukberanda #fyp #fyp #terkini #masukberanda

♬ Oh No – Kreepa

Menerusi satu akaun Facebook, seorang lelaki mendedahkan bahawa Ustaz Tido bukanlah seorang ustaz.

“Dia bukan graduan atau santri dalam pengajian agama. Menggunakan gelaran Ustaz adalah marketing untuk dia cari makan collect dana,” tulisnya.

Sumber: Muhammad Syarafi, Malaysia Kantoi

The post ‘Apa tahap agama kau ni sampai bawak gelaran ustaz?’ – Adlin Aman Ramlee persoal gelaran Ustaz Tido appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar