-->

Lelaki ditahan polis kerana sebar ‘video 3X’ kekasih yang enggan mengikutnya berpindah ke tempat kerja baru

Seorang buruh perusahaan kelapa sawit di Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia, ditahan polis kerana didakwa mneyebarkan video tidak senonoh kekasihnya di Facebook.

Jurucakap Polis Daerah Nunukan, Andre Azmi Azhari berkata, suspek berusia 34 tahun didakwa menyebarkan dua video mangsa ke ke akaun Facebook rakan kekasihnya.

“Suspek hantar dua video tidak senonoh kekasihnya yang hanya memakai pakaian dalam di Facebook melalui Messenger ke rakan mangsa,” katanya.

Suspek mengaku berbuat demikian kerana kecewa dengan mangsa. Selama dua tahun menjalinkan hubungan, suspek menyerahkan sebahagian gajinya kepada mangsa sebagai tanda serius dan sayang terhadap wanita itu.

Namun ketika suspek diarahkan berpindah ke perusahaan di Daerah Balikpapan, suspek kecewa kerana kekasihnya menolak ajakkannya untuk berpindah bersama dengannya.

Bukan hanya menolak, malah wanita itu mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Tindakannya itu membuatkan suspek berang dan mengambil keputusan untuk menyebarkan video mangsa yang hanya memakai pakaian dalam.

Polis masih menyiasat sama ada suspek menyebar video itu kepada orang lain atau hanya kepada rakan mangsa sahaja..

Bagaimanapun perbuatannya terbongkar selepas mangsa mengenali gambar profil yang digunakan individu tersebut yang merupakan suspek.

Suspek akan didakwa mengikut kesalahan mengedarkan bahan pronografi dan penyalahgunaan media sosial.

Sumber: Kompas

The post Lelaki ditahan polis kerana sebar ‘video 3X’ kekasih yang enggan mengikutnya berpindah ke tempat kerja baru appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar