-->

‘Hobi saya memasak, tak main golf, tak hisap rokok’ – Ahmad Maslan kongsi resepi Mihun Goreng Nanas, netizen merajuk tak dijemput merasa

Umum mengetahui Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, gemar memasak dan selalu berkongsi resepi masakannya di Twitter.

Biarpun pernah dikecam kerana resepinya dianggap pelik, namun kecaman itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan hobi tersebut.

Antara resepi yang pernah dikongsikan beliau sehingga menjadi viral adalah, Nasi Goreng Strawberry, Nasi Goreng Ahmad Maslan (NGAM), Nasi Goreng Petai, Nasi Goreng Agak Pedas (NGAP), Nasi Air Bilis Garing, Nasi Goreng Nanas, Nasi Impit Goreng, dan banyak lagi.

Terbaru, Ahmad Maslan berkongsi gambar dirinya memasak resepi Mihun Goreng Nanas di Twitter beberapa jam yang lalu mengundang perhatian pengguna media sosial.

“Hobi saya masak. Saya tak main golf, tak hisap rokok, tak memancing, kurang melancong. Cuma masak atau baca buku.

“Masak sendiri kali ini mihun goreng nanas Pontian. Resepi: udang, kobis, kacang panjang, ikan bilis, telur, bawang, halia, lada, sos cili, minyak sawit, garam,” tulisnya.

Sementara itu netizen mencadangkan Ahmad Maslan buat program masakan bersama dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohammad Sabu yang juga mempunyai bakat dalam bidang memasak.

“Buatlah sekali masak-masak bersama Mat Sabu. Masak-masak perpaduan di hujung minggu,” kata Don.

“Yelah YB. Asyik tunjuk gambar memasak tapi jemputnya tak. Nak juga nasi goreng stoberi, mee hoon nenas,” kata Queen J.

“Orang lain memasak siap pakai apron. Dia memasak dengan berbaju batik. Punyalah smart pakaian dia,” Jai Yen.

Sumber: Twitter

The post ‘Hobi saya memasak, tak main golf, tak hisap rokok’ – Ahmad Maslan kongsi resepi Mihun Goreng Nanas, netizen merajuk tak dijemput merasa appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar