-->

‘Kenapa rekod? Macam ini ke kelakuan polis?’ – Tular video model bertekak dengan anggota polis

Tular di media sosial sejak semalam video seorang wanita yang juga model bertekak dengan beberapa anggota polis trafik dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Brickfields, Kuala Lumpur.

Model berkenaan dikenakan saman dipercayai atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu kenderaannya jenis Perodua Myvi.

Keadaan menjadi tegang apabila model yang juga pelakon itu mendakwa salah seorang anggota bertindak merakam videonya tanpa kebenaran.

@tomatorice5

Malaysian Indian Top Modal Problem With Abang Polis #malaysianindian #Topmodal

♬ original sound – tomatorice – tomatorice

Hal itu mengundang rasa tidak puas hati dan dia menuntut penjelasan daripada anggota tersebut. Malah dia turut mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merakam video anggota terbabit.

“Kenapa awak rakam? Saya rakam video awak. Macam inikah kelakuan anggota polis? Keluarkan telefon awak, keluarkan. Kenapa rakam?” katanya.

Sementara itu dalam video penjelasannya mengenai kejadian itu, wanita itu menegaskan dia tidak marah dengan saman yang dikenakan oleh anggota polis berkenaan terhadapnya.

Tetapi kesal dengan perbuatan anggota terbabit yang merakam videonya. Sedangkan perkara itu katanya tidak wajar dilakukan kerana ia melanggar hak asasinya.

Sumber: TikTok

The post ‘Kenapa rekod? Macam ini ke kelakuan polis?’ – Tular video model bertekak dengan anggota polis appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar