-->

Lelaki warga asing terjatuh dari tingkat 29, kepalanya terputus

Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan di Bandar Utama, Petaling Jaya, pada jam 3 petang semalam.

Lapor Harian Metro, mangsa yang merupakan warga asing berusia 43 tahun itu dipercayai terjatuh daripada tingkat 29 bangunan perniagaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu dan terus bergegas ke lokasi.

Tiba di lokasi, polis mendapati mayat mangsa terbaring di tepi bangunan dengan kepalanya terputus daripada badan.

“Siasatan awal mendapati, lelaki itu bekerja sebagai tukang cuci di sebuah restoran di tingkat 29 bangunan berkenaan.

“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu kelihatan berada di balkoni pada jam 2.46 petang sebelum kelibatnya tidak kelihatan lagi, dipercayai terjatuh dari balkoni itu,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil menghubungi balai berhampiran untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

The post Lelaki warga asing terjatuh dari tingkat 29, kepalanya terputus appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar