-->

Lelaki dakwa hidungnya patah, matanya lebam selepas dipukul anggota Johor Military Force (JMF)

Seorang penonton cedera selepas mendakwa dipukul anggota Johor Military Force (JMF) semasa menonton perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim di sini, kelmarin.

Ketua Polis daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, lelaki berusia 30 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi di Kuala Lumpur, pada 11.50 pagi semalam

“Mangsa pulang ke Kuala Lumpur dan mendapat rawatan, seterusnya ditahan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Keadaan mangsa baik dan stabil.

“Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam seluruh badan.

“Kes dalam siasatan, orang ramai yang melihat kejadian dikehendaki tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri untuk membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang berbahaya).

Terdahulu, beberapa portal melaporkan ketika aksi perlawanan Piala FA berlangsung, terdapat segelintir pengunjur luar melakukan provokasi.

Tindakan mereka itu membuatkan pihak keselamatan terpaksa campur tangan bagi meredakan keadaan.

Sumber: Harian Metro

The post Lelaki dakwa hidungnya patah, matanya lebam selepas dipukul anggota Johor Military Force (JMF) appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar