-->

‘Korang memang takde hati perut!’ – Mangsa kecewa orang awam ambil kesempatan curi barangan mereka dari rumah terbakar

Sudah jatuh ditimpa tangga, nasib bertambah malang apabila orang awam mengambil kesempatan untuk mencuri barangan berharga milik mangsa-mangsa kebakaran.

Dalam kejadian yang berlaku pada 16 Julai 2023, sejumlah rumah penduduk di Pasar Sungai Durian, Kecamatan Sintang, Kalimantan Barat, Indonesia mengalami kebakaran yang memusnahkan banyak harta benda.

Difahamkan, ada segelintir mangsa-mangsa yang tidak sempat mengeluarkan harta benda mereka. Dan sebaik saja kebakaran berjaya dipadamkan, ada orang awam yang datang mencuri barang-barang milik mangsa.

“Sedih, rumah kami terbakar dan ada orang yang mengambil kesempatan untuk mencuri barang-barang kami. Cepat betul mereka bertindak.

“Antara barang yang diambil seperti rokok, Nestle dan sebagainya. Jadi kami pemilik rumah hanya mampu pasrah melihat barangan kami diambil. Sedangkan kami tak sempat mengambil barang-barang kami kerana api ketika itu sedang marak.

“Dalam situasi kebakaran seperti ini, pencuri seringkali mengambil kesempatan. Langsung tak beri kesempatan untuk pemilik rumah mendapatkan semula harta benda mereka.

“Kepada pihak berkuasa, tolong tangani masalah ini jika berlakunya kebakaran melibatkan rumah penduduk,” kata pengadu.

Dalam kejadian itu, sebanyak tujuh buah rumah dilaporkan hangus terbakar. Tetapi tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Jumlah kerugian mangsa dianggarkan jutaan rupiah.

Sumber: Indo Zone

The post ‘Korang memang takde hati perut!’ – Mangsa kecewa orang awam ambil kesempatan curi barangan mereka dari rumah terbakar appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar