-->

‘Kau ingat driver lori tu meninggal, kau boleh terlepas?’ – Pemandu Honda FD dakwa mangsa ubah haluan jadi punca kemalangan

Seorang lelaki yang terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan pemandu lori ayam maut di lokasi kejadian, tampil membuat laporan polis di Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kulai, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, pemandu Honda FD berwarna hijau terbabit yang berusia 24 tahun dalam laporannya mendakwa, kemalangan berpunca daripada pemandu lori tersebut yang berusia 39 tahun.

Kemalangan yang berlaku pada jam 8.25 pagi di Kilometer 46.8 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara itu dikatakan berpunca daripada mangsa yang mengubah laluan secara tiba-tiba sebelum dirempuh oleh kereta pengadu.

Akibat daripada rempuhan itu, lori yang membawa bekalan ayam sejuk beku tersebut terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan terbalik.

Mangsa dikatakan tersepit dalam kenderaannya dan disahkan meninggal dunia oleh anggota Bomba dan Penyelamat Renggam berada di lokasi. Pemandu Honda FD itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, dakwaan pemandu Honda FD itu mengundang kemarahan ramai. Sedangkan dalam video dashcam daripada saksi kejadian menunjukkan lelaki muda itu yang menjadi punca kemalangan.

“Menyebabkan orang lain meninggal, buat laporan palsu, fitnah arwah, banyaknya kesalahan kau dalam satu kes. Habislah kau pemandu Honda. Bahan bukti dah ada ni,” kata Budit.

“Mesti dia tak sangka ada video bukti daripada saksi kan? Nak tarik balik laporan dah tak boleh sebab dah kantoi ada video. Ingat driver lori itu meninggal, bolehlah terlepas? Semoga keluarga mangsa dapat pembelaan,” kata Abu.

“Terang-terang kau langgar tepi lori itu. Impak daripada pelanggaran menyebabkan lori tersebut terbabas hingga melanggar pembahagi jalan. Semoga ada keadilan buat pemandu lori,” kata Mat Piah.

Sumber: Buletin TV3

The post ‘Kau ingat driver lori tu meninggal, kau boleh terlepas?’ – Pemandu Honda FD dakwa mangsa ubah haluan jadi punca kemalangan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar