-->

‘Kalau tak tau sejarah, jangan memandai-mandai’ – TikTokers dikecam kerana beri rating 2/10 untuk filem Sumpahan Jerunei

Filem Sumpahan Jerunei yang diarahkan oleh beberapa pengarah terkenal, telah ditayangkan beberapa hari lalu. Filem yang berkisarkan mengenai adat bersejarah pengebumian bangsawan Melanau di Sarawak itu, dibintangi oleh beberapa pelakon hebat tanah air.

Baru beberapa hari saja ditayangkan, timbul pelbagai persepsi mengenai filem ini yang dikatakan kurang berkualiti. Perkara ini disuarakan oleh dua orang pempengaruh yang telah menonton filem ini dan hanya sudi memberikan dua bintang.

“Cerita ini korang kata best? Aku bagi 2/10 je kot?.2/10 pun sebab lakonan. Jalan cerita, CGI macam cerita dongeng.

“Layak masuk TV9 je, tak layak masuk wayang. Sumpah tak best langsung. Aku rasa kerja- kerja budak fakulti filem lagi best dari filem ini.

“Korang tak payah bazir duit tengok cerita ini. Dalam sejarah, inilah cerita paling tak best aku tengok,” katanya.

Perkara itu juga dipersetujui oleh rakannya.

“Dia diibarat kau tengok dekat YouTube je. Aku jangkakan best la, sekali keluar hantu macam dalam screen saver pc. Roh dia keluar pula macam orang hisap vape,” katanya.

Walau bagaimanapun, pendapat yang diberikan oleh dua individu itu tidak dipersetujui oleh netizen.

“Sebelum bercakap, tengok kiri kanan dulu. Jaga sikit mulut korang berdua ya. Best ke tak best, tak payah nak bagi rating bodoh-bodoh macam tu.

“Ini cerita benar, bukan dongeng. Cuma dilakonkan semula walaupun tak menggambarkan yang situasi sebenar. Atleast sokong, jangan dikutuk.

“Kamu berdua nanti aku ikat kat tiang jerunei tu nanti, tak balik Malaya pula nanti. C##### betul awak berdua ya,” katanya.

Sementara itu, filem ini dikatakan telah berjaya memenangi enam trofi di Florence Film Awards, Itali dan Paris Film Awards, Perancis sekali gus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Sumber: Khairulnisa, Berita Harian

The post ‘Kalau tak tau sejarah, jangan memandai-mandai’ – TikTokers dikecam kerana beri rating 2/10 untuk filem Sumpahan Jerunei appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar