-->

‘Semua dah terbang, sumpah kecewa siot!’ – Netizen kecewa, Masya Masyitah tampil tak bertudung

Sejam yang lalu, penyanyi muda, Masya Masyitah memuat naik gambar terbaru di Instagram yang menampilkan dirinya tidak lagi bertudung, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Masya sebelum ini pernah dikecam kerana menggayakan skirt mini yang menampakkan bahagian kulit pahanya walaupun memakai ‘legging’.

Namun hari ini, mungkin kerana ‘mahu menjadi diri sendiri’ atau tidak mahu bersikap ‘hipokrit’ lagi, Masya akhirnya tampil tidak bertudung.

“Your mind has to be stronger than your feeling,” tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.

Di ruangan komen, ada yang memujinya kelihatan seperti Barbie. Tetapi, tidak kurang juga yang meluahkan rasa kecewa sehingga mereka mengajak pengikutnya yang lain untuk berhenti mengikuti akaun penyanyi itu.

“Kan bagus ikut naluri dan rasa jiwa tersendiri. Kalau free hair dari past dah selamat dari kecaman netizen. Atleast pakai merapu pun orang tak persoalkan sebab free hair. So now it’s you, just be you are. By the way you look like Barbie,” kata Andrian.

“Siyes lah? Patutlah dia tunjuk aurat dia sikit demi sikit. Jaga-jaga dik, dunia ini pinjaman Allah semata-mata,” kata Hidayah.

“Allahuakbar, dah ramai yang menegur tetapi kenapa makin hari makin menjadi-jadi? Kalau tak boleh rasa nak jaga aurat, jangan post gambar atau video aurat. Biar kamu, keluarga dan Allah saja yang tahu. Takut-takut bila post sini jadi dosa jariah. Dosa jariah kalau kita mati pun, dosa tetap terus mengalir,” kata Izzat.

Sumber: Instagram Masya Masyitah

The post ‘Semua dah terbang, sumpah kecewa siot!’ – Netizen kecewa, Masya Masyitah tampil tak bertudung appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar