-->

‘Kalau budak tu terjatuh atau kemalangan, kau nak bertanggungjawab?!’ – TikToker dikecam buat video prank cari kepala budak

Demi meraih perhatian, pelbagai kandungan dimuatkan dalam media sosial tanpa memikirkan senstiviti dan kesannya pada masyarakat. Semenjak ramai pengguna beralih arah kepada aplikasi TikTok, semakin banyak konten yang dibuat untuk meraih lebih ramai pengikut.

Jika konten yang dibuat memberikan faedah kepada pengguna atau pengikut lain, tidak menjadi masalah. Tetapi jika konten tersebut mengundang kearah ancaman keselamatan, sewajarnya dihentikan sama sekali walaupun ada yang terhibur dengan hantaran yang dibuat.

Sejak akhir-akhir ini timbul satu trend iaitu prank yang menakutkan kanak-kanak di luar sana dengan motif kononnya mencari kepala budak.

Tinjauan di TikTok mendapati trend begini mendapat sambutan ramai dan ada yang menganggap ia menghiburkan apabila melihat ada kanak-kanak yang ketakutan terus melarikan diri apabila mendengar perkataan ‘kepala budak’.

Salah seorang anak muda yang terjebak dengan trend tersebut, TikToker Esmizal Haidar, dia cuba mendapatkan seorang kanak-kanak lelaki untuk membuat prank di sebuah taman permainan. Dia mengekori kanak-kanak itu. Belum sempat dia bertanyakan dengan lebih lanjut, kanak-kanak itu terjatuh dan Esmizal Haidar terus melarikan diri.

Walaupun ada yang menganggap insiden ini satu perkara biasa dan menghiburkan, tetapi dari sudut lain bagaimana pula dengan emosi kanak-kanak ini?

Undang perasaan trauma kepada kanak-kanak

Di Twitter, netizen mengecam perbuatan lelaki terbabit di mana perbuatannya itu tidak ubah seperti mengancam keselamatan kanak-kanak itu yang hanya mahu bermain dengan rakannya.

“Akhirnya terjadi juga benda yang terlintas dalam kepala aku setiap kali tengok trend ini.

“Aku terfikir, macam mana kalau budak yang ketakutan itu lari ke tengah jalan ke, jatuh longkang ke, atau apa-apa kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan? Siapakah yang akan bertanggungjawab?,” tulis Cikgu Anep.

TikToker yang memuat naik video prank cari kepala budak sehingga menyebabkan mangsa terjatuh

Selain itu, netizen juga bimbang sekiranya trend ini semakin banyak dilakukan dan bakal mengundang perasaan trauma kepada golongan kanak-kanak.

“Jahatnya manusia, tak boleh langsung tengok budak main dengan tenang. Bila trend macam ni dah jadi ikutan dalam negara sendiri, harap parents janganlah biarkan anak main seorang diri,” kata Anna.

“Lagi risau kalau betul-betul ada penculik nak culik. Lepas tu budak-budak pula layan sebab ingat trend TikTok,” kata Nurul Husna.

Sumber: Twitter, TikTok

The post ‘Kalau budak tu terjatuh atau kemalangan, kau nak bertanggungjawab?!’ – TikToker dikecam buat video prank cari kepala budak appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar