-->

Biadab! Konsert band The 1975 dihentikan kerana hina undang-undang Malaysia, tunjuk aksi kurang sopan

Persembahan kumpulan The 1975 yang berlangsung di Litar Antrabangsa Sepang dihentikan gara-gara vokalisnya Matt Healy membuat aksi kurang sopan. Persembahan tersebut yang telah diadakan pada malam Jumaat lalu, yang dianjurkan oleh Good Vibes Festival 2023.

Vokalis berkenaan juga didakwa memegang botol arak ketika berada di pentas, selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Susulan itu, penganjur Good Vibes Festival 2023 telah diminta tampil untuk memberi penjelasan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam perkongsian di Twitter turut memaklumkan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan laporan penuh mengenai insiden itu.

“Ini satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh,” katanya.

Terdahulu, vokalis kumpulan itu juga dikatakan pernah menentang undang-undang yang berhubung LGBT di negara Dubai dengan membuat aksi mencium sesama lelaki semasa konsert berlangsung di negara tersebut pada tahun 2019.

Ketika mengadakan konsert di London juga, dikatakan Matty bertindak memakan daging stik mentah yang mengundang rasa loya penonton.

Sumber: Sinar Harian, The Guardian

The post Biadab! Konsert band The 1975 dihentikan kerana hina undang-undang Malaysia, tunjuk aksi kurang sopan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar