-->

Ini satu penghormatan Nia Atasha Rosli gembira dipilih jadi model koleksi T-Shirt Bra jenama antarabangsa

Sedang kecoh di media sosial mengenai pelakon yang juga model wanita, Nia Atasha Rosli, 26, yang baru-baru ini berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang dipilih menjadi model bagi kempen baru jenama Victoria’s Secret.

Selain Nia, turut bersama menjayakan kempen itu adalah Jane Teoh (Miss Universe 2018) dan pelakon dari Thailand, Janie.

Dalam temubual bersama EH! Malaysia, Nia menganggap pemilihannya itu adalah sebagai satu penghormatan dan peluang besar yang perlu diambil. Malah dia sudah lama menyimpan impian untuk bekerjasama dengan jenama tersebut.

Menurut Eh! Malaysia, Nia merupakan antara model pertama di Asia yang memperagakan koleksi T-Shirt Bra meraikan keberanian dan menyerlahkan keyakinan wanita.

@ehmalaysia

Pertama di Asia, model @sleepylllama menjadi antara wajah kempen baharu @victoriassecretmy disamping peserta Miss Universe 2018 @janeteoh_ dan pelakon Thailand @janienineeleven memperagakan koleksi T-Shirt Bra meraikan keberanian dan menyerlahkan keyakinan wanita. #ehmalaysia #BeAuthenticBeYou @victoriassecretmy @valiram

♬ original sound – ehmalaysia – ehmalaysia

Difahamkan, anak jati Kuala Lumpur ini mula berkecimpung sebagai model selepas tamat sekolah menengah. Nia mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila dia membawa watak Mia dalam drama web Inikah Dikatakan Cinta.

Bagaimanapun, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen memberikan reaksi sedih dan kesal dengan ‘perkhabaran’ itu yang dikatakan tidak sepatutnya berlaku.

Sumber: Eh! Malaysia, Instagram Nia Atasha Rosli

The post ‘Ini satu penghormatan’ – Nia Atasha Rosli gembira dipilih jadi model koleksi T-Shirt Bra jenama antarabangsa appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar