-->

Saya berniaga siang malam senang-senang Tan Sri ambil hak saya Aliff Syukri mahu dedah bukti ex-Menteri serahkan kepada peguam

Bekas menteri, Abdul Kadir Sheikh Fadzir, enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan ahli perniagaan, Datuk Aliff Syukri yang mendakwa dia culas membayar hutang berjumlah puluhan juta ringgit.

Malah, dia tidak mahu meletakkan kedudukkan dirinya serendah Aliff Syukri yang terkenal dengan sikapnya suka mencetuskan kontroversi.

“I don’t want to go down to their level. Sekarang peguam saya sedang uruskan perkara itu,” katanya memetik laporan daripada MalaysiaKini.

Abdul Kadir juga tidak berminat untuk memberi komen, apatah lagi menyebut namanya.

“Saya dengan orang macam itu tak nak komen. Saya tak nak sebut nama,” ujarnya.

Sementara itu, cubaan Aliff merayu kepada bekas menteri itu melalui aplikasi WhatsApp juga gagal bilamana orang kenamaan terbabit tidak memberi sebarang respon.

“Dia orang hebat, kenalan semua ketua polis negara, menteri-menteri. Saya hanya ikan bilis.

“Pelbagai usaha telah saya cuba berdamai, cuba menghubungi dia, WhatsApp tak dibalas, panggilan tidak dijawab.

“Saya percaya Tan Sri orang ternama, seorang bilionair, ada beribu aset di Malaysia. Setakat duit puluhan juta saya itu, tak ada masalah untuk Tan Sri berikan sebab itu adalah hak saya.

“Saya siang malam pagi petang berniaga, buat live kena maki, kena hina. Senang-senang Tan Sri ambil hak saya. Jangan sampai saya hilang sabar dan tunjuk video dan rakaman semua,” katanya.

Terdahulu, Aliff Syukri melalui hantaran di Instagram mendakwa dia dan keluarganya telah dizalimi oleh Abdul Kadir dengan tidak membayar hutangnya.

Sedangkan pertemuan kali pertama mereka dahulu, bekas menteri itulah yang terhegeh-hegeh mahu bertemu dengannya sebelum menyatakan hasrat untuk meminjam wang.

Sumber: MalaysiaKini, Instagram Aliff Syukri

The post ‘Saya berniaga siang malam, senang-senang Tan Sri ambil hak saya’ – Aliff Syukri mahu dedah bukti, ex-Menteri serahkan kepada peguam appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar