-->

Kalau Inspektor Sheila garang saya boleh lembutkan dia Iqbal berhasrat lamar Sheila untuk dijadikan isteri

Beberapa hari yang lalu, Inspektor Sheila yang sedang menghadapi tiga pertuduhan di mahkamah memuat naik hantaran di media sosial untuk mencari calon bakal suami.

Untuk itu, Sheila menetapkan beberapa syarat tertentu sebelum bersetuju menerima dan membawa lelaki yang bertuah itu untuk bertemu dengan bapanya.

Hantaran itu mengundang banyak perhatian dan tidak terkecuali, usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli, yang berhasrat untuk melamar Sheila.

“Bagi dekat sayalah. Boleh juga buat hilang sunyi. Bak kata Inspektor Sheila, tak kenal maka tak cinta. Netizen pun suka ya usik-usik ni. Bolehlah, saya pun sunyi. Boleh dengar ceramah setiap hari.

“Saya rasa beliau tidak garang seperti kita tengok di media sosial. Kalau betul dia garang, saya boleh lembutkan Inspektor Sheila,” katanya dalam kenyataan balas terhadap pertanyaan pengikutnya di media sosial.

Bagi Iqbal, tiada salahnya untuk mencuba nasib melamar pegawai polis berkenaan memandangkan dirinya pada waktu ini juga tidak mempunyai kekasih hati.

Dalam masa sama, Iqbal juga meluahkan rasa sedih terhadap Sheila yang dikecam teruk oleh netizen tanpa memberi ruang pada diri untuk mengenalinya dengan lebih mendalam.

“Ya saya sunyi sekarang. Memang tiada kekasih untuk ajak keluar bersama. Jadi, tak salah kalau mencuba nasib untuk mencari teman hidup.

“Sejak nama dia jadi viral, saya juga melihat perkongsiannya di media sosial. Saya jadi tertarik dengannya. Ramai yang bercakap tidak elok tentang dia, itu yang buat saya sedih.

“Saya suka wanita yang garang. Lagi garang, lagilah saya suka. Namun saya juga percaya dia seorang yang manja.

“Saya perlukan seseorang yang garang seperti dia supaya boleh marah jika saya nakal. Saya mahukan seorang wanita yang selalu berbisik di telinga saya,” katanya yang membayangkan betapa bahagianya jika Shiela menjadi teman hidupnya.

Sumber: Instagram Iqbal, mStar Online

The post ‘Kalau Inspektor Sheila garang, saya boleh lembutkan dia’ – Iqbal berhasrat lamar Sheila untuk dijadikan isteri appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar