-->

‘Ini bukan tangkap, ini matikan anjing!’ – Tak puas hati, penduduk buat laporan polis terhadap kakitangan MPK

Seorang lelaki membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan cara kerja pihak Majlis Perbandaran Kluang menangkap anjing liar dan salah seekor haiwan itu dipercayai sudah tidak bernyawa.

Pengadu yang juga peniaga, Nasir Abdul Aziz berkata, dia menerima makluman mengenai kejadian itu daripada video yang dihantar oleh rakannya pada 17 Julai lalu.

“Satu operasi penangkapan anjing liar di lorong belakang Jalan Satria 2/2 Taman Titiwangsa yang dilakukan oleh empat orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

“Tiga ekor anjing dijerut dan salah seekor anjing kelihatn telah mati dijerut.

“Saya tidak berpuas hati dengan cara penangkapan haiwan berkenaan dan adakah ianya mengikut SOP yang ditentukan?” soalnya.

Berdasarkan video yang tular, kelihatan kakitangan MPK telah menangkap tiga ekor haiwan berkenaan dan ditempatkan dalam sangkar di belakang sebuah lori.

Dua haiwan tersebut terus diangkat ke belakang lori menggunakan tali yang telah menjerut leher haiwan itu. Manakala seekor lagi anjing berwarna hitam dilihat tidak memberikan sebarang respon, dipercayai telah mati.

Menurut Nasir, sebanyak tujuh laporan polis telah dibuat oleh orang awam berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.

Sumber: Isu Semasa Official

The post ‘Ini bukan tangkap, ini matikan anjing!’ – Tak puas hati, penduduk buat laporan polis terhadap kakitangan MPK appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar