-->

‘Adab sesama Muslim adalah mendoakan’ – Ustazah Asma’ Harun ulas isu netizen kecam Kak KM mohon doa ramai untuk kesembuhan anak

Usahawan kosmetik terkenal, Liana Rosli atau Kak KM baru-baru ini memohon doa orang ramai untuk kesembuhan anak perempuannya, Rania, yang menghidap penyakit jantung berlubang.

Kak KM yang juga merupakan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri melalui beberapa hantaran di media sosial ,meluahkan rasa sedih melihat keadaan anak ketiganya itu dan menyifatkan anaknya merupakan seorang anak yang baik dan rajin.

Walaubagaimanapun, ada beberapa netizen seolah tidak senang dengan hantaran tersebut kerana mereka menyatakan, ketika mereka memberikan nasihat mengenai cara pemakaian Kak KM sekeluarga dan juga aksi menari yang keterlaluan, netizen dihentam semula.

Namun begitu, menurut pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun, adab sesama Muslim adalah mendoakan satu sama lain.

“Apabila ada yang meminta, maka adabnya sesama Muslim kita mendoakan. Semoga anakanda Kak KM akan kembali sembuh sepenuhnya.

“Semoga ujian ini menjadi Asbab Rahmat Allah buat Kak KM sekeluarga, menjadi sebuah keluarga yang diredai Allah SWT,”katanya.

Tambahnya lagi, segala nikmat dunia tidak akan mampu menandingi besarnya nilai sihat yang selama ini Allah berikan secara percuma.

“Tiba masanya pula kita membalas kebaikan Allah SWT dengan mentaatiNya dan meninggalkan laranganNya. Allah sangat menantikan kepulangan kita kembali padaNya saat hidup sebelum saat mati,” tulisnya.

Sumber: Instagram Liana Rosli, Ustazah Asma’ Harun

The post ‘Adab sesama Muslim adalah mendoakan’ – Ustazah Asma’ Harun ulas isu netizen kecam Kak KM mohon doa ramai untuk kesembuhan anak appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar