-->

Cemburu, lelaki nekad bunuh tunang bekas kekasih sebelum tembak kepalanya sendiri

Seorang lelaki nekad menembak mati tunang kepada bekas teman wanitanya dan kemudian menembak kepalanya sendiri di hadapan wanita itu dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu di luar sebuah hotel di Poland.

Video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan, Mikolaj Bachosz, menembak Kordian Domagala pada Isnin lalu yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan Julia Harmacinska, dua minggu lalu.

Lapor portal Prime Business, kejadian tersebut berlaku di daerah pelancongan di Poznan, Poland.

Dalam video itu, Domagala dilihat sudah terbaring tidak bernyawa dan tunangnya berusia 20 tahun dilihat tertekan serta menjerit meminta pertolongan.

Bachosz bagaimanapun tidak mempedulikan Julia dan terus melepaskan satu das tembakan di kepalanya sendiri, lalu tersungkur.

Polis yang menerima maklumat daripada orang awam terus bergegas ke lokasi.

Menurut seorang saksi, “Apabila tembakan pertama dilepaskan, orang ramai melarikan diri kerana ketakutan. Dia (Baschosz) melepaskan tembakan ke arah lelaki itu (Domagala) sebelum menembak dirinya sendiri.

Jurucakap polis, Andrzej Borowiak berkata, dua lelaki berusia 30 dan 31 tahun itu disahkan maut di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati, Bachosz dan Julia menjalinkan hubungan sejak beberapa tahun lalu. Namun pada akhir perhubungan mereka, Bachosz dikatakan tidak dapat menerima kenyataan Julia yang meminta untuk berpisah.

Sumber: Prime Business

The post Cemburu, lelaki nekad bunuh tunang bekas kekasih sebelum tembak kepalanya sendiri appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar