-->

Bayi berusia setahun 5 bulan maut dilanggar sepupu ketika sedang mengundurkan kenderaan

Seorang bayi perempuan maut selepas dilanggar kenderaan dipandu sepupunya di kawasan rumah mereka di Kampung Darat Kolam, Kerteh malam tadi.

Syaza Syazwina Zahra Mohd Sazali yang berusia setahun lima bulan cedera parah di bahagian kepala, disahkan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, polis menerima laporan insiden pada 10.30 malam dan siasatan awal mendapati mangsa dilanggar pacuan empat roda yang dipandu oleh sepupunya iaitu wanita berusia 19 tahun.

“Sebelum kejadian, kenderaan itu diparkir di hadapan sebuah rumah dan pemandu kemudian memasuki kenderaan untuk bergerak ke rumah bapa mentua di Rasau, Dungun.

“Mangsa pula yang tinggal di rumah bersebelahan telah keluar tanpa pengetahuan ibunya dan berada di belakang kenderaan yang ketika itu sedang mengundur.

“Pemandu dikatakan terlanggar mangsa yang menyebabkan dia parah dan meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan, mangsa terkena tayar sebelah kiri kenderaan dan mayatnya telah dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Buletin Utama

The post Bayi berusia setahun 5 bulan maut dilanggar sepupu ketika sedang mengundurkan kenderaan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar