-->

Budak berusia 2 tahun maut ditemui rentung dalam bilik yang terbakar

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan rentung dalam kebakaran di sebuah bilik di kediamannya di Flat Taman Pantai Bersih, pagi tadi.

Lapor Harian Metro, semasa kejadian itu berlaku, mangsa dipercayai tidur bersendirian di dalam bilik tersebut sebelum kejadian itu disedari oleh ahli keluarganya.

Menurut Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Butterworth, Mohd Nasir Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.29 pagi.

Bertindak di atas maklumat, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian. Tetapi apabila tiba di lokasi, kebakaran telahpun dipadamkan oleh jiran keluarga berkenaan.

Bomba kemudian menemui mayat mangsa dalam keadaan rentung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, semasa kejadian itu berlaku, mangsa bersendirian di dalam bilik tersebut. Manakala ibu, abang dan nenek mangsa berada di ruang tamu sebelum menyedari bilik itu terbakar.

Punca kebakaran dan kerugian yang dialami oleh keluarga itu masih dalam siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

The post Budak berusia 2 tahun maut, ditemui rentung dalam bilik yang terbakar appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar