-->

‘Bapa saya memang dah banyak kali kencing orang’ – Anak dakwa data peribadi disalahguna oleh bapa untuk buat pinjaman

Tular di media sosial satu hantaran di Facebook di mana seorang lelaki mendakwa dia telah dihubungi oleh Jabatan Insolvensi meminta dia melunaskan bayaran pinjaman atas nama adiknya.

“Baru-baru ini, pihak debt collector dan Jabatan Insolvensi ada hubungi meminta saya bayar satu pinjaman atas nama adik saya. Sedangkan memang tak kenal nama tu. Katanya saya jadi reference dalam pinjaman itu. Segala aset saya bakal disita sedangkan saya tak pernah izin nama saya diguna,” katanya.

Dia juga mendakwa bapanya telah mengambil data peribadinya di luar pengetahuannya. Lebih mengecewakan, bapa dan adiknya sudah menghilangkan diri.

“Setelah saya siasat beliau memang adik sebapa lain ibu, bapa telah ‘curi’ data peribadi dan buat pinjaman atas nama adik tadi dan jadikan saya sebagai reference.

“Sekarang ini bapa lesap, adik saya pun tak tau dok mana, saya pula kena hadap Jabatan Insolvensi dan pemberi pinjaman,” katanya.

Tambahnya lagi, bapa dia merupakan seorang yang bermasalah.

“Maklumat tambahan bapa saya memang dah banyak kali kencing orang sana sini. Kahwin cerai tak tau la berapa kali. So saya, mak dan adik satu lagi memang dah tak nak ambil tahu pasal dia. Tiba-tiba macam ni jadinya,” katanya.

Ketika ditanya netizen bagaimana lelaki ini boleh mengetahui status tersebut, dia mengatakan setelah dihubungi oleh peminjam wang, dia menyemak status tersebut di CCRIS.

“Bila debt collector call, saya dapatkan info dan semak di CCRIS loan memang ada, penama bin/binti sama. So pihak pemberi pinjaman percaya yang kami adik-beradik. Saya pun baru tahu ada adik lain ibu,” katanya

Hanya berurusan dengan individu berstatus bangkrap

Jabatan Insolvensi mengambil maklum mengenai hantaran itu dan tampil menjelaskan bahawa pihaknya hanya berurusan dengan individu yang sudah berstatus bankrap.

“Kebelakangan ini, Jabatan Insolvensi kerap dihubungi oleh orang awam yang menyatakan menerima panggilan daripada pegawai di Jabatan Insolvensi untuk menuntut pembayaran hutang yang tertunggak dari mereka.

“Pihak kami percaya ada pihak menyalahgunakan nombor telefon pegawai kami untuk tujuan tertentu. Pihak kami juga sedang berusaha untuk menangani isu ini.

“Untuk makluman, Jabatan Insolvensi hanya berurusan dengan status bankrap sahaja,” katanya.

Sumber: Jabatan Insolvensi Malaysia, Muflis Bankrap di Malaysia

The post ‘Bapa saya memang dah banyak kali kencing orang’ – Anak dakwa data peribadi disalahguna oleh bapa untuk buat pinjaman appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar