-->

‘Orang tempatan biadab, tak reti senyum’ – Pelancong dakwa Singapura yang merupakan ‘1st world country’ bukan negara kegemarannya

Seorang TikToker, Gracie Travels, berkongsi pandangannya bahawa Singapura tidak termasuk dalam senarai kegemarannya selepas dia mengunjungi 33 buah negara.

Menurut Gracie, dia mempunyai alasannya tersendiri mengapa negara kelas dunia pertama itu bukan kegemarannya.

“Orang tempatan agak biadab. Sebaik saja tiba di lapangan terbang, pemandu teksi langsung tidak memberikan senyuman. Malah saya terpaksa mengangkat bagasi sendiri ke dalam kereta. Dia hanya bertanya tentang pendapatan saya.

“Saya juga tidak merasa diri ini seperti berada di Asia apabila berada di Singapura kerana terlalu banyak unsur kebaratan. Tak tahulah kalau kehadiran pelancong terlalu ramai atau ekspatriat yang menetap di negara ini. Tapi saya tak rasa saya berada di Asia langsung,” katanya.

Selain itu, Gracie mendakwa harga barangan di Singapura juga agak mahal. Sebagai contoh, dia menginap di sebuah hotel Marina Bay Sand yang mengenakan harga mahal.

“Saya juga tidak faham kenapa ramai yang begitu obses dengan hotel ini. Saya dah menetap di pelbagai hotel yang berbaloi dengan bayarannya,” ujarnya.

Hal itu membuatkan dia tertanya-tanya apa yang para pelancong lakukan apabila datang ke Singapura, selain makan dan bershopping.

Tambahnya lagi, dia merasakan Singapura seakan-akan Las Vegas versi Asia kerana kebanyakan tempat hiburannya berasaskan teknologi moden dan tidak berasaskan daripada alam semulajadi.

“Inilah sebabnya saya tidak menggemari Singapura dan kalau anda yang berasal dari negara ini tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan, saya terbuka untuk membaca maklumbalas daripada anda di ruangan komen,” katanya.

Sumber: TikTok

The post ‘Orang tempatan biadab, tak reti senyum’ – Pelancong dakwa Singapura yang merupakan ‘1st world country’ bukan negara kegemarannya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar