-->

Wanita dakwa dirinya hampir hilang nyawa selepas makan buah donut peach viral

Buah donut peach menjadi tular sejak kebelakangan ini dan menjadi rebutan ramai sehingga kehabisan stok di pasar raya-pasar raya tertentu.

Walaupun buah ini sudah lama dijual di pasaran, namun ia mula menjadi rebutan setelah beberapa pempengaruh memuat naik video berkaitan dengan buah tersebut.

Disebalik ulasan yang mengatakan kesedapan buah ini, ada individu yang mendakwa mengalami alahan yang teruk selepas mencubanya sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

“15 minit selepas makan buah donut peach, rasa sebu dan muntah-muntah. Terus naik bijik gatal,” katanya.

@sherynaaa02

Tak semua orang boleh makan , orang itu adalah aku 😭 sekali makan , dalam 15 minit , sebu muntah2 , naik biji2 gatal2 πŸ˜₯ terus kena gi emergency , kena inject baru jadi manusia balik 😒 kalau tak inject macam beruk weh dok garu2 πŸ˜“ ini pengalaman aku makan buah viral , berbaki lagi 3 biji aku nak suruh laki aku ja la makan πŸ˜‘ sekian luahan dari aku , byeee #donutpeachviral #elergikalahan #emergencycases

♬ suara asli – 𝙁en 𝘽kan π™Žad𝘽oy🎭 – 𝙁en 𝘽kan π™Žad𝘽oy🎭

Melihat keadaannya yang semakin teruk, pihak hospital terpaksa memberikan suntikan kepadanya.

Doktor juga telah meminta individu berkenaan untuk berhenti menggaru, tetapi disebabkan tidak dapat menahan situasi, dia terpaksa berbuat demikian.

Mujur juga ketika itu katanya suaminya baru pulang dari bekerja, jika tidak, dia tidak tahu nasib yang bakal menimpanya.

Difahamkan buah donut peach tersebut merupakan pemberian rakannya.

Sumber: TikTok

The post Wanita dakwa dirinya hampir hilang nyawa selepas makan buah donut peach viral appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar