-->

Bapa jadikan dua anak perempuan sebagai hamba seks sejak 2017, ditahan polis

Seorang bapa tergamak menjadikan dua anak perempuannya sebagai hamba seks sejak enam tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, perbuatan suspek berusia 53 tahun itu terbongkar selepas mangsa menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital.

Difahamkan, salah seorang mangsa berusia 15 tahun mengadu sakit di bahagian dada dan pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Pegawai perubatan yang bertugas kemudian mendapati mangsa sebenarnya sedang hamil. Setelah ditanya mengenai kehamilan itu, mangsa menceritakan hal sebenar dan pihak hospital terus membuat laporan polis.

Bertindak di atas maklumat itu, polis telah menahan suspek dan direman selama seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan maksimum 10 sebatan.

Siasatan awal mendapati, suspek telah merogol kedua-dua mangsa berusia 12 dan 15 tahun sejak tahun 2017, di kediaman mereka.

Suspek didakwa telah merogol salah seorang mangsa sejak berusia sembilan tahun.

Dalam tempoh itu, mereka seringkali dipaksa melayani nafsu serakah suspek dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada awal bulan Julai 2023.

Mangsa bagaimanapun tidak berani mendedahkan perbuatan lelaki durjana itu.

Sumber: Buletin TV3, Kosmo! Online

The post Bapa jadikan dua anak perempuan sebagai hamba seks sejak 2017, ditahan polis appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar