-->

Ketua Kelas lumpuh selepas ditendang rakan sekelas yang tidak puas hati ditegur sebarkan video lucah dalam group WhatsApp

Berat hati seorang ibu untuk menerima kejadian yang menimpa anaknya sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital selepas didapati lumpuh seketika gara-gara dianiaya rakan sekelas.

Ibu mangsa berkata, dia terdahulu menerima panggilan daripada warden asrama yang memaklumkan anaknya tidak dapat bergerak disebabkan kepalanya ditendang.

Difahamkan, mangsa selaku ketua kelas menegur rakannya yang menyebarkan video lucah di dalam group WhatsApp sekolah.

Suspek yang dipercayai tidak berpuas hati dengan teguran itu kemudian menendang kepalanya (secara curi) menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak dapat menggerakan badannya.

“Anak saya tidak suka keganasan, konfrontasi dan kekerasan. Jiwanya penuh empati hasil didikan dari kecil bergaul dengan gelandangan, anak-anak yatim, Orang Asli dan golongan vulnerable.

“Tapi itulah, takdir Allah yang sangat berat untuk hati seorang ibu menerimanya bila anak orang lain boleh berbuat sesuka hati terhadap anak sendiri.

“Mujur Allah pelihara Fikry. Doktor kata, kalau tendangan itu kena pada bahagian bawah sikit, maka gelaplah dunia mama. Syukur Allah pelihara,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebooknya semalam.

Dalam perkembangan terkini, mangsa dikatakan sudah mampu menggerakkan tangan dan kaki. Namun, masih perlu menjalani ujian MRI bagi mengesan kecederaan dalaman.

Ibu mangsa juga telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Doakan anak saya Malik ElFikry sembuh sepenuhnya dan jauh dari segala mudarat,” katanya.

Sumber: Facebook

The post Ketua Kelas lumpuh selepas ditendang rakan sekelas yang tidak puas hati ditegur sebarkan video lucah dalam group WhatsApp appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar