-->

Vietnam bakal haramkan konsert Blackpink kerana terkait isu Nine Dash Line

Baru-baru ini negara Vietnam dikatakan telah mengharamkan tayangan filem Barbie keluaran Warner Bros. Gara-gara terdapat satu babak yang memaparkan peta Garisan sembilan sempang atau Nine Dash Line.

Nine Dash Line merupakan garisan maritim yang dituntut oleh China ke atas lebih 70 peratus dari keluasan Laut China Selatan berdasarkan peta pada tahun 1947.

Garisan tersebut yang berbentuk U digunakan pada peta China untuk menggambarkan tuntutannya ke atas kawasan luas di Laut China Selatan, termasuk kawasan yang dianggap Vietnam sebagai pelantar benuanya, di mana ia memberikan konsesi minyak.

Setelah filem Barbie, difahamkan nasib yang sama bakal dikenakan juga ke atas konsert Blackpink.

Menurut satu perkongsian di Twitter, ia adalah susulan susulan adanya penggunaan gambar peta menampilkan 9 Dash Line di Laut China Selatan di laman sesawang IME. IME merupakan penganjur untuk konsert kumpulan berkenaan.

“Kawasan Nine Dash Line ialah kawasan pertikaian laut antara China dan Malaysia, Vietnam, Brunei, Indonesia,dan Filipina

“Jurucakap Kementerian Luar Vietnam memaklumkan pihak berkuasa berkaitan sedang menilai kes itu. Jabatan Sukan dan Budaya Hanoi memaklumkan permohonan permit dikeluarkan IME sedang dinilai semula susulan perkara berkenaan

“Namun status terkini dimaklumkan Jabatan Sukan dan Budaya Hanoi bahawa permohonan permit itu lengkap dan sah,” tulisnya.

Pihak IME dikatakan sudah membuat permohonan maaf, namun begitu sesetengah peminat mula marah mahu boikot dan meminta konsert itu dibatalkan.

“Bagi mereka tiada siapa boleh mempermainkan kedaulatan Vietnam,” katanya.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian, Irfan_newboys

The post Vietnam bakal haramkan konsert Blackpink kerana terkait isu Nine Dash Line appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar