-->

You better delete ah!?! 2 lelaki dipercayai warga Singapura berang ditegur isi minyak dalam botol

Dua lelaki yang dipercayai warga Singapura ditegur oleh seorang lelaki tempatan berhubung tindakan mereka mengisi petrol (disyaki minyak bersubsidi) di sebuah stesen minyak berdekatan Sunway Iskandar, Iskandar Puteri, Johor, semalam.

Bagaimanapun, tindakan penghantar makanan itu mengundang rasa tidak puas hati dua lelaki Singapura terbabit, lalu mengamuk bagaikan tiada hari esok.

Video berdurasi hampir dua minit menunjukkan, dua anggota polis bantuan turut berada di lokasi untuk meredakan keadaan. Malangnya, pertengkaran di antara kedua-dua pihak berkenaan masih berlaku.

Salah seorang suspek kemudian mengeluarkan objek yang disyaki pengunci stereng daripada bonet untuk melakukan provokasi terhadap pengadu. Dalam masa sama, rakan suspek juga mengambil kesempatan untuk memukul mangsa, tetapi berjaya dihalang oleh anggoita berkenaan.

Dua lelaki terbabit kemudian diarahkan memberi kerjasama dan menyerahkan kad pengenalan untuk diperiksa.

Video tersebut telah ditonton lebih dari 1.2 juta tontonan. Tetapi video tersebut dipadamkan oleh pengadu.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai video tersebut.

Sumber: Twitter

The post ‘You better delete ah!?!’ – 2 lelaki dipercayai warga Singapura berang ditegur isi minyak dalam botol appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar