-->

Astro dilaporkan semakin terkesan kelemahan hasil langganan & iklan netizen kata langganan tak seiring dengan cerita program

Jika sebelumnya, rancangan-rancangan di Astro menjadi tumpuan penonton lebih-lebih lagi apabila diperkenalkan ketika itu program nyanyian reality show seperti Akademi Fantasia. Ketika awal kemunculan program ini, ramai yang sanggup melanggan Astro semata-mata untuk menonton rancangan kegemaran mereka.

Selain itu juga, drama-drama yang disajikan ketika itu juga drama yang lebih ‘segar’ dipertontonkan. Walaupun berulang kali cerita yang sama diulang tayang, namun penonton tidak berasa jemu.

Semakin kurang sambutan

Tahun berganti tahun apabila peredaran masa mula berubah, kehadiran internet pula telah menguasai segala-galanya termasuklah perubahan citrasa penonton. Ramai penonton kini mula lebih tertumpu kepada langganan yang disediakan melalui internet.

Situasi ini juga menjadi salah satu penyebab kepada kurangnya sambutan dan langganan dari penonton Astro.

Memetik laporan daripada Berita Harian, langganan dan hasil iklan yang lemah terus menjejaskan Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) apabila prestasi suku pertama tahun kewangan 2024 berada di bawah jangkaan, demikian menurut penganalisis.

Penganalisis Kenanga Research, Teh Kian Yeong, berkata kelemahan prestasi kewangan pada suku berkenaan berbanding setahun lalu adalah disebabkan oleh gabungan penguncupan pendapatan dan perbelanjaan operasi lebih tinggi, yang melebihi rangsangan diterima daripada cukai yang lebih rendah.

“Seperti yang dinyatakan di atas, pendapatan diseret oleh kelemahan pada segmen televisyen, manakala segmen radio gagal menarik perhatian dengan keuntungan sebelum cukai yang mendatar,” katanya.

Harga langganan semakin mahal, punca pelanggan beralih ke platform lain

Menerusi tinjauan di Twitter, netizen menyatakan beberapa ketidakpuashatian mereka terhadap perkhidmatan yang disediakan.

“Pengalaman dengan langganan Astro, tukar pakej sesuka hati tanpa beritahu pelanggan, tak pernah ada tunggakan tapi dinyatakan ada tunggakan. Lepas dua tahun terus terminate lepas tengok benda yang sama, benda yang baru tak banyak,” kata Aziekuchiki.

“Macam mana orang tak terminate kalau lewat sehari pun kena reconnection fee sampai RM21. Gila ke apa,” tulis Fujifilm.

“Pakej/plan terlalu mahal berbanding harga pasaran kerana monopoli, khidmat pelanggan sombong. Tak bundle dengan teknologi moden,”kata BigJoe.

Rata-rata netizen berpendapat, kelemahan dari sudut tersebut membuatkan ramai yang telah beralih kepada perkhidmatan lain. Mereka juga mengharapkan agar pihak Astro mendengar keluhan dan pendapat yang diutarakan oleh penonton.

Sumber: Berita Harian, Twitter Roman Akramovich

The post Astro dilaporkan semakin terkesan kelemahan hasil langganan & iklan, netizen kata langganan tak seiring dengan cerita, program appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar