-->

Wanita hamil 7 bulan nekad jerut leher & acu pemutar skru pada warga emas dalam cubaan merompak didakwa di mahkamah

Seorang wanita hamil tujuh bulan didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu ataus pertuduhan cuba merompak seorang wanita warga emas, dalam kejadian 22 Jun 2023.

Tertuduh yang merupakan suri rumah, Nor Fahtihah Ahmadi, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohd Idzham Naim Che Ani.

Dalam kejadian 22 Jun lalu, tertuduh didakwa menjerut leher dan mengacu pemutar skru pada mangsa, Romainor Daud, 64, ketika cuba merompaknya.

Ibu hamil berkenaan didakwa melakukan perbuatan jenayah itu di Kampung Tanjung Chat, kira-kira jam 10 pagi hingga 11 pagi.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dan denda.

Pegawai Pendakwa, Siti Aisyah Abdul Manah mencadangkan jumlah jaminan RM15,000 kepada tertuduh. Namun, peguam tertuduh iaitu Syed Muhammad Syafiq Syed Abu Bakar memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana anak guamnya sedang mengandung.

Mahkamah membenarkan suri rumah itu diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin. Tarikh 18 Julai depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Sumber: Harian Metro

The post Wanita hamil 7 bulan nekad jerut leher & acu pemutar skru pada warga emas dalam cubaan merompak, didakwa di mahkamah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar