-->

Bapa jalin hubungan terlarang dengan anak kandung sehingga hamil 7 bayinya dibunuh dengan kejam

Warga penduduk di Kampung Tanjung, Jawa Tengah, Indonesia digemparkan dengan penemuan objek yang disyaki tulang manusia, oleh dua pekerja iaitu Slamet, 50, dan Purwanto, 44, pada Khamis 15 Jun lalu semasa sedang meratakan tanah bekas kolam.

Hasil pemeriksaan pasukan forensik mendapati, tulang-temulang yang ditemui itu adalah tulang bayi.

Khamis, 21 Jun, seminggu selepas penemuan pertama, polis berjaya menemui tiga lagi tulang rangka bayi. Tidak beberapa jauh daripada tempat tulang pertama ditemui.

Penemuan tulang-temulang itu membawa kepada penahanan seorang wanita berusia 25 tahun, dikenali sebagai ‘E’. Wanita berkenaan kemudian mengaku bahawa semua tulang yang ditemui itu adalah milik bayinya yang telah mati dibunuh.

E dalam keterangan kepada polis mengaku bahawa, tulang-tulang yang ditemui itu adalah bayinya. Hasil daripada sumbang mahram di antara dia dan bapa kandung. E merupakan anak daripada isteri ketiga suspek.

Bertindak di atas maklumat, suspek telah ditahan polis pada Ahad lalu. Semakan mendapati, suspek bekerja sebagai pengubat perubatan tradisional (Dukun). Suspek engaku membunuh bayi-bayi berkenaan yang merupakan hasil sumbang mahramnya bersama anak sendiri dari tahun 2013 hingga 2021.

“Suspek juga memberitahu, masih ada tiga lagi tulang rangka bayi yang belum diambil oleh pihak berkuasa. Menjadikan jumlah keseluruhan mangsa bunuhnya adalah tujuh bayi.

Suspek mengaku dia membunuh bayi-bayi yang baru lahir berkenaan dengan cara melemaskan dan membungkus mereka dengan kain untuk dikebumikan di bekas kawasan kolam berhampiran sungai.

Sementara itu, E menjelaskan dia tidak dapat melakukan apa-apa apabila mengetahui mengenai perbuatan bapanya itu kerana dia juga turut menerima ugutan bunuh.

Polis masih menjalankan siasatan sama ada suspek terpengaruh dengan ajaran guru kerohanian yang dikenali dengan nama Bambang.

Suspek akan didakwa mengikut Perkara 340 Kanun Jenayah dengan ancaman hukuman mati atau penjara seumur hidup atau untuk tempoh masa tertentu, maksimum 20 tahun.

Sumber: Tribun News

The post Bapa jalin hubungan terlarang dengan anak kandung sehingga hamil, 7 bayinya dibunuh dengan kejam appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar