-->

Lelaki berusia 28 tahun mengaku buat hubungan terlarang dengan ibu kandung sejak dari bangku sekolah

Seorang lelaki muda di Sumatera Barat, Indonesia, mengaku telah menjalinkan hubungan intim dengan ibu kandung sejak dari bangku sekolah lagi.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk dua beranak itu terbongkar selepas ahli keluarga mereka tampil melaporkan perkara itu kepada NGO, Solidariti Ganggam Solid yang kemudian bertindak memisahkan dua beranak itu daripada terus melakukan dosa.

Segalanya bermula ketika membantu ibu memasak di dapur

Lelaki berusia 28 tahun itu dalam keterangannya mengaku mereka telah berbuat demikian sejak dia masih bersekolah dan berterusan selama beberapa tahun.

Pada masa itu juga, dia terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah yang menyebabkan dia mengalami ketagihan sehingga kini.

Segalanya bermula apabila dia sedang membantu ibunya memasak di dapur. Dia yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah terfikir untuk mengajak ibunya ke bilik. Ketika itu, hanya mereka berdua sahaja yang berada di rumah.

Di kesempatan itu, mereka mengambil peluang untuk melakukan hubungan intim. Ibunya yang ketika itu berusia 30-an langsung tidak menghalang dan turut bersubahat memuaskan nafsu serakah anak lelakinya itu.

Dua beranak sedang jalani kuarantin

Menurut Ketua Solidariti Ganggam, Sukendra Madra berkata, dua anak beranak itu kini sedang menjalani kuarantin di bawah pengawasan pihaknya.

Sukendra tidak menolak hubungan terlarang itu berlaku disebabkan lelaki berkenaan mengalami masalah gangguan jiwa yang berpunca daripada pengambilan dadah yang tidak terkawal.

“Dari penilaian, jiwanya kelihatan terganggu. Itu kerana dia telah menghisap dadah sejak dari bangku sekolah lagi.

“Sudah tujuh bulan dia menjalani kuarantin. Setiap hari kita berikan arahan yang sama secara berulang, tetapi tiada satu pun yang mampu dia lakukan.

Pernah cuba cabul adik perempuan tetapi…

“Dia juga mengaku yang dia berasa lebih nyaman melakukan perbuatan itu dengan ibu kandungnya berbanding dengan adik perempuannya yang sering memukulnya apabila dia cuba mengganggu.

“Selain kerap melakukan hubungan intim dengan ibu kandung sendiri, dia juga mahu mendera adiknya sendiri. Tetapi gagal kerana adiknya bertindak melawan dan memukul abangnya semula,” kata Sukendra.

Kecewa melihat reaksi adiknya membuatkan lelaki itu kembali mencari ibunya untuk melakukan hubungan intim, selepas menghisap dadah.

Difaham, ibu lelaki berkenaan yang berusia 58 tahun juga sedang menjalani kuarantin sejak lima bulan lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Bukit Tinggi, Yessi Kurniati mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kes sumbang mahram itu.

Polis kini sedang menjalankan siasatan dan akan mengambil keterangan daripada pihak-pihak berkenaan untuk membantu siasatan.

Sumber: Berita Satu

The post Lelaki berusia 28 tahun mengaku buat hubungan terlarang dengan ibu kandung sejak dari bangku sekolah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar