-->

Datuk Siti Nurhaliza kesal cover album Sitism dikutuk minta SKMM siasat 2 akaun IG pengkritik

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza memuat naik gambar album terbarunya yang berkonsepkan cyber retro futurism.

Perkongsian di Instagramnya itu menerima banyak reaksi positif daripada para peminat yang memuji beliau mengikut trend semasa, sekali gus menjadikan dirinya masih relevan di industri hiburan hari ini.

“Merentas zaman, tentang dahulu, hari ini dan masa hadapan, audio dan visual bergerak seiringan. Album Sitism tampil dengan imej dan visual cyber retro futurism,” tulisnya pada kapsyen hantaran itu.

‘Not your level keluar album dengan imej macam ni’

Bagaimanapun, ada segelintir individu yang tidak menyukai gambar album baharunya itu yang dianggap tidak setara dan tidak sesuai dengan Datuk Siti.

“Sitism kata nyer. Bila search kat Google, keluar autism. Imej dan visual cyber retro futurism.

“Kau dah level Penyanyi Senior yang ada nama, not your level keluar album dengan imej dan visual yang macam ni. Siapa la hanat yang suggest Penyanyi bernombor keluar album dengan konsep yang macam ni,” komen Kak Wan Lebor.

“Macam gila isim kan,” komen Bonda Puteh Kundor yang menyokong kenyataan Kak Wan Lebor.

Datuk Siti Nurhaliza tag Instagam SKMM

Kenyataan dua individu itu menarik perhatian penyanyi berkenaan yang kemudian membuat teguran secara terbuka dan meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat akaun Instagram tersebut.

“Cantik bahasa kakak-kakak ini. @kakwanlebor @bonda_putehkundor. Kita bagi @skmm_mcmc check kejap!” katanya.

Tak rasa mereka menghina tetapi…

Sementara itu di media sosial, netizen berpendapat dua individu berkenaan tidak bermaksud menghina gambar album baharu Datuk Siti Nurhaliza. Sebaliknya sekadar berkongsi pendapat.

“Saya tak rasa dia menghina tetapi sekadar luahan pendapat. Sebagai selebriti kena terima kritikan peminat. Tak semua orang menyanjungi kita dan tak semua juga membenci kita. Jangan paksa orang untuk sukakan apa yang kita buat. Jadikan kritikan peminat untuk buat yang lebih baik,” komen Halim Shahbudin.

“Earphone itu besar sangat. Imagination, volume sure loud size pun besar gedabak. Secara logik tak pekak ke telinga? Then how to describe this photo then? I’m not an art person, sorry,” komen Madam Fezeeell.

“Kalau saya jadi Siti, saya tak approve cadangan cover album ini. Tak ada common sense ke Siti?” komen Azira Aziz.

Sumber: Berita Harian, Xtra, Instagram Datuk Siti Nurhaliza

The post Datuk Siti Nurhaliza kesal cover album Sitism dikutuk, minta SKMM siasat 2 akaun IG pengkritik appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar