-->

4 kali awak curang saya masih terima awak sebagai suami Isteri sangka suami hilang rupanya lari dengan betina garit ke KL

Hancur hati seorang isteri apabila mengetahui suaminya lari dengan perempuan lain yang baru saja dikenalinya selama tiga bulan berbanding dirinya yang sudah bertahun-tahun.

Menurut Fika, dia pada awalnya menyangka suaminya hilang dan berusaha sedaya upaya untuk mencari lelaki itu sebelum mendapati lelaki berkenaan telah melarikan diri bersama kekasih gelapnya.

“Ya Allah, hancur hati saya sebagai seorang isteri melihat gambar suami bersama perempuan ini. 24 jam saya mencari dia tanpa tidur dan makan kerana risau akan kehilangannya. Rupa-rupanya dia lari dengan perempuan lain ke Kuala Lumpur. Ya Allah.

“Dia bawa semua duit, satu sen pun tak ditinggalkan untuk isteri. Kereta saya yang dibeli menggunakan hasil titik peluh sendiri pun turut dijual. Kenapa buat saya begini?” katanya.

Fika tidak menyangka, rumah tangga yang dibina sejak 13 tahun lalu di mana dia bekerja siang malam untuk menyara keluarga tatkala suaminya pula tidak bekerja, musnah begitu sahaja.

Ini juga bukan kali pertama suami menjalinkan hubungan dengan perempuan lain, tetapi dia sebagai isteri tetap menerima kembali suaminya biarpun terpaksa menahan rasa sakit hati dengan perbuatan suaminya.

“Apa lagi kurangnya saya wahai suami? Kalau awak tidak mahukan saya lagi, berjumpalah dengan saya dan bincang secara baik. Lepaskan dan ceraikanlah saya secara baik daripada menggantung saya tanpa bertali seperti ini.

“Sakit rasanya apabila awak buat saya begini. Ya Allah, saya tahankan saja. Awak tipu saya bulat-bulat selama ini.

“Berhutang keliling pinggang tanpa pengetahuan saya. Jual nama saya, kata saya yang pinjam duit. Rupanya awak berfoya-foya dengan perempuan lain.

“Kalau awak nak lepaskan saya, jumpa depan-depan dan kita bincang. Saya juga mahu bebas seperti awak yang mahu bebas bersama dengan mana-mana perempuan yang awak suka. Itu saja yang saya minta,” katanya.

Sumber: Facebook Fika Fika

The post ‘4 kali awak curang, saya masih terima awak sebagai suami’ – Isteri sangka suami hilang, rupanya lari dengan betina garit ke KL appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar