-->

Berniaga air coffee tepi jalan tapi jual dengan harga mahal macam Stabak Zuskopi Baskbear..

Sejak beberapa hari lalu, hangat dibincangkan di media sosial mengenai harga jualan air kopi daripada peniaga kopi di tepi jalan yang didakwa mahal dan tidak munasabah.

Berdasarkan tinjauan, ada yang mengatakan peniaga kopi tepi jalan tidak wajar mengenakan harga yang tinggi. Ini kerana mereka tidak perlu membayar sewa, iklan dan beberapa lagi perkara lain yang dibangkitkan.

Tak bayar sewa, kos iklan bagai tapi caj harga mahal

“Peniaga besar macam Stabak, Zuskopi, Baskbear itu mahal dan kita fahamlah sebab banyak benda yang mereka perlu bayar seperti, sewa tapak, kos pengiklanan, packaging premium, lesen niaga, bil utiliti, gaji pekerja dan banyak lagi.

“Jadi kita fahamlah kalau mereka nak jual satu air kopi itu RM7 ke RM13.

“Tetapi yang berniaga di tepi jalan tak perlu bayar sewa tapak. Packaging murah serupa air balang lain yang berlambak dijual di Shopee. Iklan di lebuhraya atau YouTube pun tak perlu bayar. Lesen pun tak perlu bayar, jual air kopi dengan harga yang sama, RM7 ke RM13.

“Bukan orang tak nak support sebenarnya, tetapi orang yang tak mampu beli Stabak, Zuskopi dan Baskbear ini sebenarnya nak try la beli kat tepi jalan sebab tak mampu. Bila tengok harga lebih kurang sama je, baik dia pergi terus ke kedai mahal,” kata Yus di Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Perkongsian pandangannya itu mengundang perhatian ramai. Namun, majoriti netizen mengkritik lelaki berkenaan yang dianggap tidak memahami kos yang ditanggung oleh peniaga tepi jalan.

Sebelum complaint, study dulu tanggung kos perniagaan

“Kesian kawan-kawan aku owner slow bar tepi jalan. Beli bean specialty mahal-mahal. Ada bancuh guna Aquacode, order packaging siap sticker lawa-lawa, beli peralatan berpuluh ribu, ada sampai puluh ribu peralatan walaupun jual tepi jalan. Takkan nak jual RM5 ikut tekak kau?” kata Ben.

“Acah-acah peminat kopi plak kau ni. Sebelum menulis, study dulu biji kopi sekilo berapa ringgit, double shot tu dah berapa ringgit, susu fresh milk bukan sebarang susu diguna. Kena tengok kandungan protein dalam setiap susu tu. Cup kami tak guna yang ‘pasar malam’, yang jenis tebal punya. Eh, acah-acah peminat kopi pulak,” kata Hazwan.

“Dia dah ada target customer. Kalau kau rasa mahal, maknanya kau bukan target dia. Simple,” kata Fatin.

Apa pandangan anda?

Sumber: Facebook

The post ‘Berniaga air coffee tepi jalan, tapi jual dengan harga mahal macam Stabak, Zuskopi, Baskbear..’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar