-->

Scammer guna taktik baru dakwa culik anak & minta wang tebusan

Kes penipuan yang melibatkan scammer semakin menjadi-jadi. Walaupun beberapa tindakan telah dilakukan ke atas mereka, namun kes seperti ini masih lagi dilaporkan.

Terbaharu,pengguna Twitter berkongsikan modus operandi scammer yang menyasarkan warga emas sebagai sasaran mereka untuk mendapatkan wang.

“Scam taktik baru, mak saya dapat panggilan dari scammer bagitahu diorang culik saya dan mintak duit tebusan.

“Siap ada perempuan jerit kat belakang (sound effect). Mereka biasanya sasarkan ibu bapa yang ada anak bersekolah,” katanya.

Seorang lagi wanita mendedahkan ibunya menerima mesej (WhatsApp) daripada scammer yang mendakwa telah melakukan penculikan.

“Rafidah, anak kamu di tangan aku, kalau kamu main-main, kita akan b***h anak kamu,” tulis scammer tersebut.

Melalui mesej tersebut juga, scammer telah menunjukkan gambar individu yang telah diikat dan duduk dalam keadaan mencangkung menghadap dinding. Manakala dua penculik memegang seperti kayu pemukul besbol.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan taktik terbaharu daripada kumpulan ini. Dan sekiranya menerima panggilan sebegini, jangan panik dan minta kepastian dari beberapa pihak.

Sumber: Twitter

The post Scammer guna taktik baru, dakwa culik anak & minta wang tebusan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar