-->

Spa terkenal didakwa buat servis ala kadar tapi bila influencer atau artis datang terus bagi servis terbaik

Gara-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh sebuah spa terkenal, netizen bertindak membongkarkan satu persatu sikap tidak bertanggungjawab spa berkenaan dengan pelanggan.

Dikatakan spa berkenaan tidak akan memulangkan kembali wang pelanggan jika rawatan tidak serasi dengan kulit.

Mereka juga mendakwa walaupun telah banyak aduan dibuat, tetapi aduan tersebut seolah dipandang sepi. Sebaliknya pengasas perniagaan berkenaan menambahkan lagi cawangan. Ada juga yang mengatakan mereka pernah tertipu dengan iklan promo yang dibuat oleh spa berkenaan.

“Pergi sekali insaf tak mau pergi dah. Kerja nak scam duit orang. Iklan harga promo, consulting harga lain, katanya untuk treatment,” kata Ummu Firdaus.

“Servis teruk, merepek, macam tak reti buat kerja. Bila dah buat treatment, suruh tambah itu ini, padahal dah ambik pakej,” kata Sufi Japancat.

Tinggalkan kesan teruk, rugi beratus ringgit

Selain itu juga, ada yang meninggalkan komen mengatakan selepas mendapatkan rawatan di spa berkenaan, wajahnya sehingga kini meninggalkan kesan teruk dan dia juga mendakwa kebersihan di premis berkenaan tidak memuaskan.

“Muka saya sampai hari ni, teruk. Start dengan promo RM60, sampai sana kena briefing muka kita teruk. Dari RM60 melayang RM200. Tempat tak bersih, bantal basah dan berbau. Habis berjerawat sampai hari ni. Bila cakap, terus tak balas Whatsapp. Terbaik servis dia,” kata Izzah Hasifah.

Berniaga tak ikhlas, niat nak sambar wang pelanggan

Difahamkan juga, spa berkenaan telah menjemput ramai pempengaruh dan juga selebriti untuk mempromosikan perkhidmatan mereka. Namun, kata netizen ini, hanya golongan tersebut yang diberikan layanan istimewa.

“Memang scam pun, dengan geng influencer dan artis je beria promot. Urut punya lembut dan siap segala bapak LED keluar. Kalau geng marhaen, urut tak sampai 10 minit, dah settle. Nak book appointment punya la payah, call tak angkat. Tapi sakan menari kat tiktok,” komen Syahiera Shahrul.

Namun begitu, ada yang berpendapat, bukan sahaja servis spa berkenaan yang tidak memuaskan dan dilihat seperti hanya ‘menyambar’ wang pelanggan, tetapi banyak juga spa di luar sana yang tidak menjalankan servis yang terbaik.

Sumber: Hafiz Saleh

The post Spa terkenal didakwa buat servis ala kadar, tapi bila influencer atau artis datang terus bagi servis terbaik appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar