-->

‘Lawan tetap lawan!’ – Boy Iman yakin dirinya tak bersalah dalam kes scam peniaga Hooray X Fest Raya

Pelakon Boy Iman menegaskan dia akan bangkit lawan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dalam kes festival beli-belah Hooray X Fest Raya semasa Ramadan, dua bulan lalu.

Boy Iman atau Noruliman A Rahman, 43, berkata, “Lawan tetap lawan!” kepada media di luar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Jelas Boy Iman, dia telah mengarahkan peguamnya untuk memfailkan representasi berkaitan terhadap pertuduhan tersebut.

Terdahulu, Majistret Noorelyanna Hanim Abdul Halim telah menetapkan 17 Julai depan untuk pengurusan kes dan tiga lagi individu yang disabitkan dalam pertuduhan tersebut iaitu, Norazah Sahud, 51, Nor Azmi Jantan, 49, dan Norzana Rapie @Rafie, 51, yang masing-masing membuat pengakuan tidak bersalah.

Keempat-empat tertuduh didakwa telah memperdaya seorang wanita, Siti Wardina Basir, dalam urusan penyewaan tapak niaga di Hooray X Fest, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur untuk mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM1,500.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.34 pagi, 19 April lalu di lokasi tersebut. Pada hari kejadian, festival tersebut telah dibatalkan pada saat akhir kerana penaja utamanya telah menarik diri.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Lawan tetap lawan!’ – Boy Iman yakin dirinya tak bersalah dalam kes scam peniaga Hooray X Fest Raya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar